Tuesday, May 31, 2011
LA TAHZAN...SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 1:55 PM 0 dah tinggalkan jejak
Thursday, May 26, 2011
jom kongsi 22 :-
- Jadilah kamu orang yang berhati TENANG, maka kamu akan hidup BAHAGIA dan tenang.
- Janganlah kamu berlaku CURANG kepada sesiapa pun dari kaum muslimin dan janganlah kamu bersifat DENGKI kepada sesiapapun jua.
- Terimalah dengan REDHA kurnia yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepadaMu, tentu kamu menjadi manusia yang paling kaya.
- TINGGALKANLAH kemewahan DUNIA, maka ALLAH akan mencintaimu dan TINGGALKANLAH kemewahan yang dimiliki oleh manusia tentu mereka mencintaimu.
- Janganlah BERSEDIH terhadap apa yang tidak kamu perolehi dari DUNIA ini, kerana DUNIA sama sekali tidak pernah mengabaikanmu. Sekiranya KESENANGAN dunia itu ditakdirkan milik kamu tentu kamu telah pun memperolehinya.
- Terimalah permintaan MAAF daripada orang yang MEMINTA MAAF kepadaMu. Jika kamu melihat ada kekurangan di dalam permintaan MAAFNYA, maka ingatlah bahawa orang yang menghormatiMu adalah orang yang meminta maaf KEPADAMU.
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 2:17 PM 0 dah tinggalkan jejak
Wednesday, May 25, 2011
Percaya, Sedar dan Amal
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:03 AM 0 dah tinggalkan jejak
Tuesday, May 24, 2011
MENTARI HIDUP
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:37 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: nasyid
Monday, May 23, 2011
Keaiban Yang Ditutup Allah | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:52 AM 0 dah tinggalkan jejak
Friday, May 20, 2011
RENUNGAN 20:-
Rasulullah pernah bersabda,
"Sungguh luar biasa keadaan orang yang beriman itu, semua hidupnya adalah kebaikan baginya dan ini hanya dimiliki oleh orang yang beriman. Apa tidaknya, jika memperoleh kesenangan, ia bersyukur dan itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ditimpa kesusahan, ia bersabar dan itu menjadi suatu kebaikan baginya."
(HR. Muslim)
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:16 AM 0 dah tinggalkan jejak
Thursday, May 19, 2011
jom kongsi 21 :-
Seperti orang lapar dan dahaga wajib mencegahnya dengan cara makan dan minum. Seseorang yang tidak memiliki pakaian harus mencegahnya dengan mengenakan pakaian. Seseorang yang miskin harus mencegah kemiskinannya dengan bekerja, berusaha keras dan berjuang. Seseorang yang sakit harus mencegah penyakitnya dengan berdoa dan berubat dengan ubat yang bermanfaat. Dalam keadaan ini, orang mukmin wajib menyerahkan segala urusannya kepada ketentuan Allah Taala dan reda dengan takdir-NYA. Dia wajib meyakini bahawa disebalik itu terdapat hikmah besar yang kadang kala tidak diketahui oleh akal.
Jadilah kamu orang yang menjauhi kesusahan
Dan serahkanlah segala urusan kepada takdir
Nikmatilah kedamaian yang berpanjangan ini
Tentu kedamaian itu pasti mampu menghiburmu
Ia mampu melupakanmu peristiwa masa lalu
Kesempitan kadang kala diakhiri kelapangan
Dan kelapangan boleh jadi diakhiri kesempitan
Berapa banyak perkara menyedihkan
Namun akhirnya disudahi dengan keredaan
Allah selalu berbuat apa yang dikehendaki-NYA
Maka janganlah kamu menjadi penentang-NYA
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 11:46 AM 0 dah tinggalkan jejak
Wednesday, May 18, 2011
Memiliki Keyakinan Pada Allah SWT
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 8:59 AM 0 dah tinggalkan jejak
Saturday, May 14, 2011
Dunia baru islam
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi
Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:53 AM 0 dah tinggalkan jejak
Labels: nasyid
Thursday, May 12, 2011
Sekeping Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 2:17 PM 1 dah tinggalkan jejak
Wednesday, May 11, 2011
RENUNGAN 19:-
Firman Allah SWT di dalam al-Quran:
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:40 AM 2 dah tinggalkan jejak
Tuesday, May 10, 2011
Solat: Pertemuan Dengan Allah SWT
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 9:45 AM 0 dah tinggalkan jejak
Monday, May 9, 2011
jom kongsi 20 :-
TIDAK PERLU BERSEDIH, SEMUA YANG TERJADI ADALAH TAKDIRNYA
Belajarlah untuk menerima apa jua yang terjadi ke atas diri kita. Jauhkan diri dari rasa sedih @ penyesalan yang berpanjangan kerana semua yang berlaku dalam hidup adalah ketetapanNYA dan takdir dariNYA. Tidak ada yang perlu disesalkan dan tidak ada yang perlu dipersoalkan. Kita tidak perlu kecoh dengan apa-apa yang ditetapkanNYA ke atas diri kita.
Jalani apa saja yang tersedia bagi kita. Kita tidak mampu mengundurkan waktu untuk menghindar dari sesuatu yang sudah terjadi. Keadaan juga tidak menjadi lebih baik dengan mengeluh dan berputus asa. Jadi untuk apa kita melakukan semua itu. Tapi mengapa Allah menetapkan TAKDIR? Mengapa kadang-kadang Allah memberi DUGAAN yang berat kepada hamba-hambanya? Mengapa Allah tidak memberikan yang baik-baik saja pada kita?
KETETAPANNYA MERUPAKAN KEPASTIAN
TAKDIR ialah ketetapan Allah atas manusia berupa hal-hal yang baik atau hal-hal yang kurang baik. Tidak ada manusia yang terlepas dari TAKDIR Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wujud. Anak yang lahir ke dunia tidak mengetahui apa akan terjadi sebelum kelahirannya. Kita tidak boleh menetapkan dan memilih, tetapi Allah yang menetap dan memilihnya. Allah menetapkan seseorang itu lahir dalam keluarga miskin atau kaya, beriman atau kafir, penyayang atau pemarah dan ketetapanNYA sama sekali tidak bertentangan dengan keadilanNYA. Takdir Allah membayangi perjalanan hidup setiap manusia . Allah sentiasa berada disebalik kesenangan, kesusahan, ketaatan dan dosa, kurnia dan dugaan. Semuanya berada dalam lingkungan ketetapan Allah kerana manusia memang tidak mungkin menetapkannya sendiri.
Firman Allah SWT dia dalam Al-Quran:
'Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum kami menciptakannya, sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. " (al-hadid:22)
Allah tidak menetapkan kebaikan @ keburukan pada seseorang melainkan kerana keadilan dan pengetahuan yang dimilikiNYA. Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang ,itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan oarng tersebut dalam mendekatkan diri kepadaNYA. Ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, semata-mata kerana orang itu sendiri mahukannya. Allah tidak zalim pada hamba-hambanya...
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:20 AM 1 dah tinggalkan jejak
Saturday, May 7, 2011
Membuah Sabar | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:30 AM 0 dah tinggalkan jejak
Friday, May 6, 2011
Antara 2 Cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 1:45 PM 2 dah tinggalkan jejak
Labels: nasyid
Thursday, May 5, 2011
Sebarkan Doa dan Sejahtera | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 4:22 PM 3 dah tinggalkan jejak
Wednesday, May 4, 2011
RENUNGAN 18:-
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 11:14 AM 0 dah tinggalkan jejak
Tuesday, May 3, 2011
jom kongsi 19 :-
Justeru, Allah memerintahkan setiap umat islam agar menghadapi ujian dan dugaan hidup dengan penuh sabar kerana hanya dengan sabar sahaja terundang segala macam kebaikan atas diri kita manakala tanpa sabar, kita mungkin hilang segala-galanya juga. Kesudahan dan kemuncak nikmat bagi hamba yang bersabar adalah dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
Antara ujian Allah SWT yang mesti dihadapi dengan penuh kesabaran adalah kematian insan yang kita sayangi. Semoga Allah SWT memimpin kita saat datang dugaan berat sedemikian. Semoga Allah SWT kuatkan iman kita saat pemergian insan yang kita sayangi.
Oleh kerana lemah iman dan kejahilan, sering berlaku dosa meratap dan meraung di kalangan masyarakat islam tatkala berlaku peristiwa kematian. Perbuatan meraung dan meratap kematian amat dimurkai Allah SWT. Amalan ini, juga dikatakan boleh 'menyeksa ' si mati yang baru sahaja mengalami derita sakaratul maut yang amat dahsyat.
Perbuatan jahiliah yang kononnya dapat mempamerkan rasa sayang itu sebenarnya menambah lagi derita si mayat. Andai manusia tahu apa yang dihadapi mayat saat itu dan andai manusia tahu betapa beratnya dosa yang sedang dilakukan, nescaya mereka menahan ratap raung kerana kasihankan para arwah di dalam kubur. Kerana itu, kita hendaklah mendengar, menghayati, dan mematuhi nasihat-nasihat nabi SAW berkenaan perkara itu.
Daripada Abi Malik al-Asyaari r.a, Rasulullah SAW bersabda: " Perempuan yang meratap meratap (pemergian si mati) jika tidak bertaubat sebelum kematiannya, akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan memakai seluar daripada tar (yang panas) dan pakaian daripada kudis gatal." (Riwayat Muslim: 935)
Melihat kepada hadis ini, nyatalah bahawa perbuatan ini adalah di antara dosa-dosa besar yang mesti dijauhi. Andai seseorang wanita (sebagaimana tersebut didalam matan hadis) pernah melakukan perbutan sedemikian semasa kematian suaminya, maka hendaklah dia bertaubat kepada Allah SWT, manakala taubatnya itu dituntut disegerakan di atas dunia ini.
Sekadar bersedih dan menangis dikira tidak mengapa, malah diharuskan. Bahkan Rasulullah SAW juga pernah menangis semasa kematian anak lelakinya, Ibrahim.
Mudah-mudahan dengan keimanan serta ilmu dan kefahaman islam yang baik, amalan meratapi kematian dapat kita elakkan.
P/s: semoga ada pelajaran yang kita boleh ambik dari sini..dari petikan buku BHKT
Dikemaskini oleh saya :) [s][u][e][h][a][n][n] at 10:23 AM 0 dah tinggalkan jejak