# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': November 2010
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 30, 2010

saya rasa x sehat..

salam korang...

mmmmm hari ni nak sarapan pun cam xde mood...roti + susu..jenama rahsia :p (ade spare coklat n anggur ahakkkkk)

hari ni saya bawa bekal lunch nasi putih, ikan cencaru masak kicap + telur dadar + sayur buncis

saya rasa cam x sehat la pagi ni...kepala sy berat sgt2 macam ada batu besar duk dalam!

mata sy pedih...sy cam rasa ngantuk...rasa2 malam tadi tido sy terganggu..

kul 530 pg sy dah bangun tapi x mo buat apa2..termenung pagi2 buta..huh ntah apa2 ntah

okeh2...minum air suam..rehat 5-10 minit...pas tu makan coklat dengan gembiranya...mesti pas tu sy ok kan?? tol x ?

p/s: sy dah buang masalah kat tong sampah luar opis tadi...tapi dia ikut la masuk opis :(




Monday, November 29, 2010

eh dik camne pakai anak tudung camtu???

salam korang..

hik hik hik segan je tajuk tu..semalam ptg (
cuaca yang ala2 sejuk n mendung) ade la sorang akak kat kedai area jalan tar tu tegur aku...eh cmne pkai anak tudung camni??? sebelah kaler lain sebelah kaler lain?? ambik ko....segannya aku...walaupun aku tau tu tgk hot trend sekarang tapi sebb masih ramai lagi yang x tau..jenuh la aku nak cerita...camni kak...bla..bla..bla...hope faham la erk..huh..masuk ni dah byk kali gak aku kna tegur bila pkai fesyen anak tudung camni...hahahah abg ipar aku pun penah tegur..."ude knp tudung ko tu??? senget ke? huh fesyen la! :p

aku pun jarang la nak pakai anak tudung yang dah macam2 fesyen sekarang ni...aku suka jer tgk orang pkai...ade yang nmpak sgt2 comel, bermacam2 gaya dah sekarang nih. aku pkai pun kadang ikut mood...rasa2 nak nmpak cam comel2 jer wat la anak tudung silang tu hahahaha (perasan) klu rasa malas pkai cam bese jer... x pun pkai yang dah sedia berlayer kaler2 tu :)

tgk la pic ni...


anak tudung silang

p/s: cepat jer fesyen2 anak tudung ni berubah erk...apa la pulak fesyen pasni..

Friday, November 26, 2010

syukur...alhamdulillah

salam korang....syukur pada yang maha kuasa...ingat x aku kata projek yang aku nak buat tu..semuanya dah menjadi impian...berkat sabar, usaha n kerjasama dari aku ngn kawan terlahirla 3women collection...hihihi nama x hengat tu..sib x buat superwomen ker ahakkk...

aku tau aku masih baru lagi dalam dunia bisnes ni...masih lagi perlu byk belajar n belajar...sila la beri kami sokongan yang x berbelah bagi..tq pada semua yang terlibat secara langsung n x langsung dan tq byk2 gak kat kengkawan yang byk bagi support.. (emosi lak )

insyaallah blog personal ni aku x kan lupakan..ia la mentang2 dah de blog bisnes...ye ye x kan sesekali aku lupa akan blog ni..aku sayang blog aku ni wei seyes tau !

ok, selamat hari jumaat.. n aku doakan korang semua berjaya n bahagia...selamat berhujung minggu.

p/s: jemput la tgk blog 3women tau...status bujang! kah kah kah

Thursday, November 25, 2010

gangguan ke kena ganggu?? :p

lebat hujan kat luar tu buat mata kau nak layan tido jer..ahakkk tapi kat opis...x berapa nak molek la pulak tido beria2 sambil mengeluarkan bunyi atau bahasa cantik sampai tidor terkeluar bunyi secara x sengaja kan??? huh mmaaf pada yang berkenaan..

ye ke sedap tido time hujan??? sebab sejuk erk...hihihihi lagi layan kalau tido malam kat umah...wah2 dengan selimut tebal tilam empuk...cnfm2 pagi bangun lewat..pas tu cari alasan masuk opis lmbat....hahahahah aku xde idea nak menulis sebenarnya ni...jauh sekali nak mengutuk sesapa...saja2 nak hiburkan hati yang sedang sejuk ni...kah kah kah..

owh...time hujan klau dapat makan sup campur panas2 apa perasaan kowang?? hebat x?? mengancam habis..x kisah la makan apa pun...janji makanan tu sedap n layan jer nak makan...dah mmg jadi kebiasaan perot klu time hujan lapa...ngada tol

keadaan dah jadi x berapa aman la pulak...ade sedikit gangguan mata n telinga..jam2 cepat ckit gerak erk...saya mau balik umah..huhuhuhu

p/s: teruskan bekerja erk korang.. :(

Wednesday, November 24, 2010

apa nak buat???

aku paling x suka bila beli baju @ apa2 tapi x datangkan pekdah...contohnya...bila beli baju tapi x muat...bukankah itu akan membuatkan hati dan sanubari aku terluka???? ye kecewa...mesti korang akan salahkan aku jugak....apsal x try dulu...ukur baju di badan sendiri (boleh) ?

kat tempat tu xde fitting room...nak wat camner...tgk lawa macam muat...habis tu???? mmmmm membazirkan...bukan la nak kata harga mahal sampai 2 3 rat...tapi rugi woooooooo. klu korang kat tempat aku?? jual balik??? ade ke orang nak beli??? sedekah kat adik2? oh untungnya la kat adik2 aku...selalu orang akan kasi baju terpakai...tapi bila kna bagi baju baru yang x muat ni waaaaaaaaaaaaaaaa rasa sgt sayu ok!

moralnya lain kali beli baju yang kat tempat yang ade fitting room..senang n puas hati..eh jap2...ade orang kata klu beli baju tu terkecik so jadikan la pembakar semangat supaya berdiet untuk muat baju tersebut..huh.. kalau berdiet makan masa singkat dah lama aku beli baju2 yang comel2 kat patung yang kurus tu :p..

so apa nak buat kat baju2 baru yang x muat ni??? almari makin penuh...tunggu masa nak sembah bumi jer...baju bertambah2...nak kata pkai semua x jugak...ni la pompuan..insaf la :(

p/s: ade x baju yang buat orang besar macam aku nampak kecik??? hahahahahahhaha

Tuesday, November 23, 2010

Rapuh by opick

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: insaf dengar lagu ni...

Monday, November 22, 2010

alahai sakit tekak

salam semua...

hari ni aku x berapa nak sihat...sakit tekak + hidung sumbat + rasa cam berlendir jer kat dalam dada aku.

x syok la kan kat opis klu camni keadaannya..hidung aku sensetif tol nak2 tadi ade orang merokok lak kat luar opis ni...

malam tadi cnfm2 aku x lena tido...sakit tekak tu betul2 buat aku x lena tido..

k la aku nak rehat...projek baru tu masih dalam proses :)

Friday, November 19, 2010

Projek baru :)

saya amat bz dengan projek baru :)...tunggu erk...tgh berusaha dengan gigih :)

Monday, November 15, 2010

SELAMAT bercuti...SALAM aidiladha

salam ...

tahun ni kebetulan cuti raya haji adalah hari rabu...disebabkan ia berada ditengah2 mungkin ramai yang x dapat nak balik beraya kat kg...memula aku fikir aku antara yang x dapat nak balik kg tu...tapi uiskkkk x tergamak la aku nak beraya sensorang dengan dengar takbir raya tu berkumandang kat uma sewa...bikin hati sedih pilu bagai dihiris2...:p



alhamdulillah kg aku x jauh mana so bersyukur n manfaatkan.. esok aku nak amik 1/2 day n terus gerak balik kg nek bas..Doakan aku selamat erk korang..ghisau aku sekarang ni nak nek bas.."Ya allah selamatkan perjalanan aku untuk esok...cuti kejap jer..jumaat aku kjer balik..sabtu juga kerja (huh bosan) :(


p/s: sok nak buka posa ngn mak kat kg..(sup tulang ayam & hati masak ungkep) mak mmg rajin pose 9 zulhijah :) x sabar nak balik ni!

Saturday, November 13, 2010

rasa x syok bila terlupa pkai jam...

ntah apa yang aku kalutkan pagi tadi pun aku x tau...nak kata terlambat xde pon...awal2 pagi aku dah bangun...bese r klu kjer sabtu mmg x bernafsu langsung nak bersolek gi kjer sebb kjer 3 jam pas tu balik :)..

tgk cermin...owh dah cantik la ni...hahahhaha terus gerak nak pi kjer..dah separuh jalan baru sedar alamak lupa pakai jam tangan..mula la aku kalut...mmg habit aku suka pkai jam bila keluar umah...even klu nka pgi kedai runcit jap jer pon...

klu dulu kat asrama...tido malam pun aku pkai jam tangan...tapi bila ade terbaca 1 artikel tu x elok tido pkai jam tangan..alasannya aku lupa la pulak...

hahaah sib kat stesen lrt tu ade jam..xde r aku risau...xtau la aku sapa2 yang x suka pkai jam tangan ni...mungkin deme suka lgi tgk jam hp...aku x gemar la pulak..dalam teksi aku curik2 panjangkan leher tgk jam kat dalam teksi tu... hihihihi

okeh la...hari ni rasanya pas kjer mau rehat dirumah...esok mungkin baru kuar..korang gi mana2 ker???

p/s: suka pkai jam besar2...hahhahaha

Friday, November 12, 2010

tazkirah -ZULHIJAH

Kelebihan 10 Hari dalam Bulan Zulhijah dan Hari-hari Lainnya

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada 1 hingga 9 Zulhijah.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah S.A.W: Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).

Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijah. Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula.

HARI

KELEBIHANNYA

1 ZULHIJAH

Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 ZULHIJAH

Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun, dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJAH

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJAH

Nabi Isa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan, dan pada Hari Kiamat kelak ia akan tergolong bersama-sama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJAH

Nabi Musa a.s. dilahirkan. Barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJAH

Allah membukakan pintu kebajikan kepada nabi-nabi-Nya. Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang, serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJAH

Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJAH

Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail. Seharian baginda berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJAH

Turun ayat terakhir kepada Rasulullah S.A.W yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih puteranya itu sememangnya adalah perintah dari-Nya, bukan dari syaitan. Justeru, hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barang siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 ZULHIJAH

Adalah Hari Raya Aidil Adha (Qurban); dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada Hari Kemudian dalam keadaan aman dan sentosa, serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.


Ganjaran Bagi Mereka yang Memuliakan Zulhijah

Kata sebahagian ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1. Berkat pada umurnya. 2. Bertambah hartanya. 3. Kehidupan rumah tangganya akan terjamin. 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu. 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda. 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya. 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh. 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar. 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia. 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan Dalam Bulan Zulhijah

HARI

AMALAN

1 hingga 9 Zulhijah

Sunat berpuasa

8 Zulhijah

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat

9 Zulhijah (Hari Wukuf di Arafah)

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat; disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan Haji.

· Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali

· Solat pada awal waktu.

· Solat sunat qabliyah Asar

· Selepas solat Asar - Baca Surah Yasin 3 kali

· Membaca Laillahaillalah wahdahula .... huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari Asar - Isyak boleh sambung) - Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.

· Solat sunat qabliyah & ba'diyah Maghrib

· Selepas solat Maghrib - solat sunat awwabin 6 rakaat (3 salam) - Fadhilat penghapusan dosa bagi 50 tahun - Hadith.

· Solat sunat tasbih

· Solat sunat hajat

· Berdoa dengan doa Nabi Adam, iaitu robbana zolamna sebanyak 50 kali

10 Zulhijah
Hari Raya Haji

S Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha - Membaca takbir
Melakukan ibadah Qurban

11, 12 dan 13 Zulhijah (Hari-hari Tasyrik)

Hidupkan malamnya dengan banyak beribadah; bertakbir selepas sembahyang waktu.

29 atau 30 Zulhijah

Selepas solat Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.

Thursday, November 11, 2010

diam vs byk ckp

nak kata saya ni pendiam...opsss mmg la bukan...
nak kata saya ni sombong...lagi la tak...(selalu orang yang x knal saya akan kata saya sombong)
nak kata saya ni x byk cakap xder pun (ni cam sama kat atas tu)

kadang saya perasan saya ni diam jer x nak cakap2...kadang saya rasa saya ni byk sgt mulut...x mo berenti cakap...penah cuba nak jadi pendiam...tapi kang pelik lak orang sekeliling..kadang bila byk sgt cakap saya pula terasa diri tu over sgt...

yang sy perasan adalah ini...

bila saya marah= diam
bila saya geram=diam
bila sakit hati=diam
bila terasa @sedih=diam
bila sy ngantuk=lagi la sy diam
bila xde kena mengena dalam persembangan=sy akan diam (hormat lallalla padahal xnk menyampuk x baik!
bila sy merajuk=saya suka diam

tu perangai buruk sy...bagi sya la....diam tu maksud suka simpan kat dalam...malas nak cakap

bila saya happy=byk ckp (kdg orang pulak x suka sy bercakap)
bila dapat gaji :p=cnfm byk ckp klu lmbt dapat gaji lagiiiiiiiii byk cakap!
bila rasa nak kongsi masalah=sy suka diam tapi byk cakap pada orang yang sy percaya

sy x peramah sgt la...x reti...mungkin sebb sy x suka makan bontot ayam tu sebb sy x byk cakap..eh2 ade kna mengena ker :p

tapi diam tu lebih baik...jadilah orang yang sederhana...bercakap bila perlu, diam bila xde perkara yang penting nak dicakap..

p/s:masa sekolah, bila cikgu suh bercakap xnak , bila cikgu suh senyap ko plak nak bercakap hahahahahah

Wednesday, November 10, 2010

lirik yang bagus...ingatan untuk kita semua :)

aku mmg suka cari lirik2 lagu..nak2 lagi klu lagu tu bestttttttt, lagu tu ade jiwang2.... ade kenangan2...ececece...jom layan lagu ni.

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

wali band( tobat maksiat)

Tuesday, November 9, 2010

korang penah tegur orang yang korang x kenal tak??

aku rasa aku x pernah tegur orang yang aku x kenal even kat mana2 sekalipun...walaupun orang tu artis ker...dia pakai baju lawa ker, pkai baju buruk ker...dia seksi ker..hensem sgt2 ker...just pandang adalah..

pe reaksi korang klu ade orang yang korang x kenal korang tegur korang...contoh:

fuyoooooooo seksi la awak ni...
cantik baju awak..
fesyen apa baju kamu ni..
amboi merahnya liptik...
cantik beg u..

tu antara ayat2 yang bese orang yang x kenal akan kata pada seseorang bila ada sesuatu yang menarik perhatian dia..mungkin sesetengah jer kot...jujur la pada aku, mmg aku x penah nak tegur orang lebih2 lagi pada orang yang aku x kenal...mungkin orang macam tu spesis peramah kot...ataupun klu lelaki antara ayat2 nak usik2...(ko ingat aku suka! ) hahahaha

apa2 pun rasa2 nak layan, layan la..rasa2 malas biar kan jer..


p/s: zaman2 sekarang ni masih ade lagi ker orang tegur, assalamualaikum....x jawab dosa..pandai2 jer kata dosa...jawab dalam hati la :p

Monday, November 8, 2010

kita kongsi ilmu eyh :)

Tip kurang berat badan untuk pengantin

salam korang...tetiba artikel ni rasa syok lak nak aku baca pagi ni...jadi share la ngn korang..apa lagi copy n paste ler :p

MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri (www.kevinzahri.com)

Lapan tip pemakanan:

1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.

3. Tambahkan makanan yang berserat.

4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.


5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.

6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.

8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.


Lima tip cara bersenam pengantin:

1. Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.

2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.

Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.

3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu.

4. Penurunan berat badan antara satu hingga satu setengah kilogram seminggu adalah lebih baik.

Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan enam hingga 12 kilogram.

5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.


P/s: syok kan klu dapat ikut tip ni berterusan..mau kurus badan mak nyah..hahhahahahah

Thursday, November 4, 2010

esok jumaat adalah hari cuti :)

owh cam x rasa jer nak raya deepavali..mungkin sebb kat opis ni xde staff beragama hindu agaknya...tapi opis tetap sunyi n rasa cam dah hari jumaat..apa nak tulis pun xde idea....

camni la...selamat bercuti kat korang semua...erm sapa2 yang nak balik kg yang mengalami banjir tu byk2 la bersabar atas dugaan ni erk..jaga diri ketika musim banjir ni.

aku mungkin cuti, mungkin x...xde plan lagi...mungkin malam ni akan buat keputusan...x pon sok pagi2 baru buat keputusan.

cam bese bila cuti panjang, blog aku pun kna jugak tempias..nnt isnin kot baru aku ke udara...insyaallah.

p/s: hati2 la kat korang...yang nak balik kg, yang nak gi jalan2, yang nak ke mana2 saja sempena cuti ni..selamat hari deepavali jugak pada yang sambut :)

Wednesday, November 3, 2010

jom kita kongsi ni...

ini email dapat dari kawan aku...jom la kita baca n renungkan :)


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Namun adakah kita sedar bahawa ia adalah ujian dari Allah?

Kepayahan itu sesungguhnya adalah satu bentuk tarbiyah-Nya kepada hati.

Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya?

Terlebih banyak mengadu dari bertahmid rasanya.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf ayat 87)

Tak tersedarkah hati bahawa segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu adalah nikmat.

Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Nah, Allah sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuhi?

Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah lah, wahai hati.

Tidak sedarkah kita bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Allah beri dan pinjamkan lepada kita?

Selama ini, adakah setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikan? Adakah setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sahaja?

Adakah kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadah?

Allah berhak mutlak ke atas hati kita. Kenapa hati kita masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan kepada kita? Layakkah hati-hati ini mendapat syurga milik Allah SWT?

"Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia... sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna...

- Artikel iluvislam.com


Tuesday, November 2, 2010

go geNting part 2

mmg klu ikutkan hati x puas pon gi genting baru2 ni...insyaallah ade rezeki lagi leh pgi lagi...sapa plak nak teman aku gi ngeeeeeeeeeee terasa kesejukan...kepenatan n kesakanan aku bergambar kat sana...erm mungkin sebb aku x main byk game kot...yang paling aku ingat ketakutan aku nek roller coaster tu...ni aku nak cerita...ye aku telah mengeluarkan air mata sebb takut wei...tapi klu takut knp naik? sebb aku nak rasa...nmpak macam xde apa2..sebelum naik apsal owg ni jerit2...xde r tinggi sgt game ni..ambik ko bila dah turn aku rasa hbis sora aku jerit...mata pun aku pejam dalam pala hotak aku pk yang aku xcident jer bila roller tu menjunam...huh..

ni saki baki gambar kitorang..klu rasa jemu toksah tgk..lalalalal

kami nak gi cari makan time ni...

knp pale aku selalu senget2..

ambik ko ...selesai kami makan bila dah tahap kebulur... :p yang x habis air n nugget..

time ni hujan kat luar...pas makan jalan2 kat dalam jerk..

kalau guna kamera yang pakai kodak cam dulu2 ni cnfm x cukup filem 36 kpg lalalallala

ni pic2 kitorang kat dalam ripley's believe or not..


heppp apa ko tunjuk tuuuuuuuuuu

ntah apa yang bertuah pon aku x tau :)

caya x buku tu x jatuh pon....ngeeeeeeeeeeeee

bang..tingginya...x sampai i nak pgg bahu u hik hik hik

ganas giler muka...

hensemnya bf awak...hahahaha

kecitnya tangan saya...

dah nak balik time ni...alaaaaaaaaa

muka dah penat..x larat nak senyummm

alhamdulillah sampai gak kat bawah...ye r sebelum naik genting ni ade dengar berita yang xcident bas tu...yang mengorbankan 7 nyawa tu...seriau...al fatihah tuk semua mangsa...pe pun aku best n happy walaupun x puas...ade next genting lagi ke pas ni???? @ percutian sebelum masuk 2011 hahahahah

p/s: eh2...syok aku tgk macam2 fesyen pakaian, shawl n gelagat owg kat gnting ni..memacam
!

Monday, November 1, 2010

go geNting part 1

salam korang....alhamdulillah dah masuk bulan nov dah hari ni...pantas betul masa berlalu...sebelum 2010 ni melabuhkan tirai ade byk kenangan2 2010 aku nak share....ye yang paling baru uhuhuhuhu geNting.. ngeeeeeeeeeeeeeee..

ok2... orang kata x genting la klu x main yang gempak2..yang tinggi2 kat sana kan...ye ye aku mengaku..bila dah sampai sana baru aku sedar yang aku ni penakut...eleh..biar la penakut pon...x kisah pon nak kata aku x hebat sebb takut nak main tu main ni kat sana..janji aku dah sampai sana huh riak :p

jom la layan gambar yang byk ni....

sebelum train sampai pon kami sempat lagi berposing

owh train xde orang sgt...xde la segan silu sgt :)

sampai jugak walaupun pg berdua!
aku ambik gmbar ko, ko ambik gambar aku..hahahhahaha

aku la tu hik hik hik

aku lagi...

ni dia..wati sejuk kan :p

nmpak kat belakang tu???? ye aku x main pon...dengar orang jerit pon aku dah gigil lutut.

time ni pon kita kat tempat tinggi gak...ko senyum2 berani erk hahahahahhaha

ntah..aku sonok ke takut ni...

kami sebelum naik roller coaster....

oppsss byk dah nnt aku sambung....air mata aku keluar la masa nek roller coaster tu...seyes wei tunggu erk..