# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': August 2010
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 30, 2010

KELEBIHAN LAILATULQADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya. Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat. Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.


Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram

P/s: jom sama2 kita rebut malam yang sangat2 istimewa ni :)

Friday, August 27, 2010

NASIHAT BUAT ANDA

Suriyanah Samsuri

gigahackers nasihatkan
Suriyanah Samsuri supaya berhati-hati lepas ni..

  1. sentiasa update password sekurang-kurangnya sebulan sekali
  2. jgn dedahkan password pd org lain
  3. jgn login pass & email anda pd laman web palsu

NASIHAT NI BKAN UTK Suriyanah Samsuri SAHAJA, TP UTK SEMUA PEMBACA @ FOLLOWER,

TU SAHAJA, HARAP DPAT MAAFKAN GIGA.
SLAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

Thursday, August 26, 2010

*Nuzul quran*

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

p/s: sama2 kita menghayati dan memperingati peristiwa nuzul quran ini..
p/s lagi: ramai kengkawan cuti esok...aku kjer :(

Monday, August 23, 2010

rm 600????

salam pagi isnin semua...pagi ni terasa segar selepas menahan sakit kepala dari ptg semalam sampai ke malam...ntah x tau puncanya...barangkali angin kot..

erm apa nak cerita erk...owh hari sabtu ptg aku pgi ke mini pasaraya depan umah aku tu...maklumlah hari cuti boleh la masak lambat2...dah alang2 mau pgi beli kuih sekali..sampai dalam pasaraya cepat ambik barang yang betul2 nak beli daun limau purut n serai dan air 100 plus..masa tiba kat kounter jurujual tu marah2 ngn costumer sebelum aku...yang aku cuma dengar,

jurujual: lantak la...aku puasa ker x puasa...ko ingat costumer sentiasa betul...jgn ingat la sume costumer tu betul

aku: aku diam jer sebb xde kna mengena ngn aku

dalam keadaan marah jurujual tu punch la barang yang aku beli...total 600.. mak ai????? kak klu ko marahkan costumer tu usahla buat naya kat aku...3 barang ni sampai ke 600?? huhuhu sob sob...aku mampu senyum lagi tu...owh silap2 ape aku tekan ni?? sib la dia minta maaf kat aku awal2..dalam hati aku 'jgn la ko libatkan aku sekali...aku costumer gak...huhuhuhu'

huh..iktibar tu..buat kje dalam keadaan marah2 mmg camtu la jadinya..yang aku malu masa akak tu tgh marah2 depan kawan dia india lak tu...siap akak india tu kata sabarla...u kan pose..aku senyum jer dalam hati hahahahhaaha

dah settle bayar aku cabut awal2..besela..semua orang penat time pose tapi kawal ckit marah tu :p

p/s: beli kuih pisang molen, kuih kacang n pulut panggang..nyum2 sedap.

Thursday, August 19, 2010

mood saya okeh hari ni....hahhaha berkat bulan ramadhan

okeh...aku liat sikit mau menaip bulan2 pose ni...hihihi asyik kuar masuk blog tapi x tulis pape heeee...hari ni rasa mood okeh ntah la sebb pose masih penuh lagi kot :p

malam tadi aku kepenatan...lepas solat terawih aku gigih lagi ke dapur nak masak sambal goreng tempe + ikan bilis + kacang...(request dari kawan2) minggu lepas mak buatkan sambal goreng ni kat kg, aku bawa balik kl tapi dah hbis so kawan2 kat umah nak lagi...buatnyer mmg senang tapi x sehebat mak aku buat la..dengan hujan lebat n kilat2 kat luar tu aku yang kat dapur tu x rasa sejuk pon....siap sambal goreng masak nasi goreng tuk sahur lak...senang bangun tinggal panaskan jer...xyah masak lauk2.. berpeluh2 la aku...siap masak terus mandi..hahahah duk umah batu time malam mmg panas.

hari ni mau masak apa tak tau lagi...tunggu balik kang buka peti ais baru la idea sampai..ade sotong, udang, ayam n ikan...bayam, kacang buncis, taugeh dan cendawan..

Bisnes detox bulan pose ni alhamdulillah...syukur...sapa x try lagi jom la cuba..

P/s:sekarang hari2 hujan... kalau x petang , tghari..klu x tengahari malam...sejuk bumi :)

Monday, August 16, 2010

isnin yang lemah..dan x berapa ceria

salam...

hari ni baru puasa yang ke -6...huh kejap jer masa berlalu...aku sgt x larat hari ni...x ceria langsung...nak kata x sahur, aku bangun pagi tadi...ala ngade la tu mentang2 semalam (sabtu n ahad) sahur n buka kat kg. bila dah blik kl semula..macam2 la :p

erm tiada gambar makan dalam blog aku sepanjang 6 hari berpuasa ni...aku berbuka ala2 jer...semua masak ok! tetiba lak kawan rumah akau kata hari ni nak buka ayam golek..huh..ermm ok jer la..sesekali leh la..actually aku suka lagi masak untuk juadah berbuka ni...seronok :)

malam bulan ramadhan ni aku rajin beno tido awal... lepas solat terawikh lepak tgk tv jap..dah nak masuk tido..bukan apa..mata ni x larat nak jaga...kul 10 aku dah lemau..klu ambik air 100 plus masa buka cergas kot??? macam iklan dalam tv tu :p

p/s: macam2 aku ambik kat kg semalam bawa balik kl...kacang botor, bendi, cili padi n kunyit hidup..huhuhu sume tanam :) jimat2

Wednesday, August 11, 2010

puasa bukan sekadar tahan makan dan minum....

salam kawan2...yeah alhamdulillah ramadhan tiba lagi...syukur pada Allah dapat lagi kita semua merasa berpuasa tahun ini..erm hari pertama berpuasa??? semua orang teruja kan?? kat masjid...surau semua full...sahur pun masing2 nak masak yang hebat2...semua teruja nak bangun sahur...berbuka apa lagi...rasanya hari pertama puasa ni bazar ramadhan confirm akan penuh nak2 lagi bagi mereka yang bekerja n tinggal di bandar..huhuhu

semoga keterujaan ini berterusan hingga hari terakhir puasa ok...jgn mula2 ni jer...jom la kita hidupkan bulan puasa ni dengan merebut pahala..puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tapi merangkumi sume aspek..jaga mata, telinga, hati..jauhkan daripada sifat2 mazmumah...

mudah2han berkat bulan puasa ni kita diberi ketenangan...mendapat keberkatan dari Allah..

P/s: masih bertenaga lagi..cuma tekak rasa perit sedikit...batuk x nak hilang2 ni...dugaan :(

Monday, August 9, 2010

sebelum menjelang bulan ramadhan....

Assalamualaikum....kawan2 semua...harap korang sume sihat...

Hari ni aku nak ambil kesempatan untuk mohon ampun dan maaf kepada korang sume..

Doa malaikat Jibril menjelang ramadhan:

" Ya ALLAH...Tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua ibu bapanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasullullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari jumaat.

Oleh itu aku ingin memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan ataupun sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusuk, diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T, Insyaallah.

P/s: Salam ramadhan untuk kawan2 semua..minta maaf apa2 yang tersalah n terkureng erk...Jom sambut ramadhan dengan penuh rasa syukur :)

Saturday, August 7, 2010

layan roti canai...hihihi

owh sudah sabtu...malam tadi tidak makan malam...hanya minum milo...so pagi ini terasa lapar dan nak memakan sesuatu....nasi lemak ayam? mee goreng? kuih? ahaaaa...makan roti canai telur la...minggu hadapan sudah masuk bulan ramadhan...nnt tentu rindu nak makan roti canai kan?

roti canai pagi ni...nyum nyum

minggu ni mahu rehat2 saja di rumah... mau jalan2 tidak ada plan...mau shopping huh duit idak mandang...harus berjimat cermat sebelum memasuki bulan posa ni...lagi byk cabaran dan onak duri :p

sudah lama tidak bangun lambat time cuti...esok mahu bangun lmbat sedikit...sedikit sahaja ok...mungkin tidak perlu sarapan pagi...bgun2 terus masak untuk lunch hahhahahaha ( itu bukan perangai aku ok..)

kawan2 pgi mana minggu ni? berehat di rumah? mahu makan puas2 n jalan2 dengan seronok? harap kamu semua jaga diri n sentiasa selamat walau di mana kamu berada :)

p/s terasa dah bau2 bulan ramadhan....aku suka sgt2..Ya Allah sempatkah aku merasa bulan ramadhan.... :(


Wednesday, August 4, 2010

ramainya yang temankan aku....ikan ada 3 ekor saja...tapi bukan untuk kamu lalalallalala

salam rabu...hihihi balik kg baru ni aku rasa happy la sebb adik2 n akak aku balik...walaupun x sume ada rumah mak n abah tu pun dah penoh..hihihi

memandangkan tekak aku ni nak makan ikan bakar maka hari ahad tu main api la aku...wow x sangka pulak aku...ramai sungguh yang temankan aku...ikan ade 3 saja tipu ade 5 sebenarnya (aku sorok :) ...kamu mahu tulang saja kan? :p

apa yang aku bakar tu...asap saja ada :p

ikan cencaru...

hangus ke ni lalallalala

ade macam2 warna...sume ni jiran aku yang punya..sesekali mereka akan datang umah aku bila rumah aku ada aktiviti makan2 camni..cettt kamu2 sume tgk saja aku bakar ikan ni erk..jgn la nak buat muka kesian2 sgt...

memula yang ni....

ni dia jugak..lepak la tu konon..

datang lagi 2..

datang lagi yang ni...

pas tu datang pulak budak gomok ni...ni bukan kucing :p tapi dia suka n x takut kucing

mak aku kata kucing2 tu rajin datang...nak2 lagi klu buat masak2 macam ni...klu hari bese x de pon...mungkin sebb kucing kg kot..terlebih peramah n baik sesama jiran hahahahaha mereka hanya lihat saja ikan yang aku bakar..nnt klu rezeki kamu ada aku bagi tulang ok...sorang sikit la kan...kamu datang ramai sgt..hahaha

p/s: ikan bakar cicah air asam huhuhu sedap kecur air liur..

air asam resepi aku (air asam jawa +cili padi + tomato+bwg besar+belacan bakar+limau kasturi +garam ckit+ kicap ckit) perrrgggghhhh

Sunday, August 1, 2010

gold slim foot patch...nak tau tryla...

salam sume.....

Perhatian tuk korang yang berhajat nak kurangkan lemak dalam badan + buang toksin.

taraaaaaa

GOLD SLIMMING FOOT PATCH


sama fungsi macam DETOX yang sebelum ni, cuma yang ni lebih untuk buang lemak...senang kata nak kurangkan berat badan...jom la cube..kesan berbeza dengan setiap individu yang menggunakan..tapi kena ingat gold slimming foot patch ni bukan semua orang leh guna..antaranya

Tidak sesuai Untuk :
  • Pengidap penyakit jantung
  • Pengidap kencing manis
  • Wanita mengandung
  • Ibu yang menyusukan bayi
HARGA : (mahal cikit dari Detox Foot Patch)

1 keping = Rm 1.70
p/s: 1 keping untuk sebelah kaki, so sepasang = rm3.40

Harga barang tidak termasuk harga pos.

SEMENTARA STOK MASIH ADA!

Untuk kesan optimum :

Bagi yang ingin mengambil produk perlangsingan badan, anda disarankan untuk membuat detox (buang toksin) dulu sebelum mengambil produk tersebut. Jika toksin banyak dalam badan, proses penurunan berat badan akan jadi sangat perlahan.
Sebagai permulaan, dicadangkan agar menggunakan 7 hari (seminggu) berturut-turut untuk melihat kesannya. Walau bagaimanapun, kesan adalah bergantung kepada tindakbalas tubuh individu masing-masing.





JOM KITA BUANG TOKSIN

Detox Foot patch

Apa yang terjadi apabila toksin berlebihan berkumpul dalam badan? Toksin yang berkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh merasa letih dan lemah. Mereka juga mudah dihidapi penyakit.

Bagaimana toksin terjadi?

  • Amalan memakan makanan segera,berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarna tiruan dalam makanan dan minuman.
  • Merokok
  • Memakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang diawet dengan bahan kimia.
  • Memakan daging merah yang diawet atau disejuk beku.
Tanda-tanda dalam badan kita ada toksin:-
  • Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan merasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
  • Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya akan kelihatan gelap daripada warna asal.
Manfaat menggunakan DETOX FOOT PATCH:-
  • Untuk melegakan sakit tumit dan tapak kaki
  • Badan menjadi segar dan bertenaga
  • Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan
  • Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi
  • Membantu merawat masalah jerawat
  • Membantu melegakan sakit pinggang
  • Menyingkirkan toksin dari badan dengan menyingkirkan bahan buangan yang ada di dalam sistem
  • Mengurangkan ketegangan otot dan membuang air berlebihan dalam badan
  • Mendapatkan tidur yang lena
  • Boleh mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan bau kaki
Cara menggunakan Detox Foot Patch:-

anda hanya perlu menampal koyok tersebut selama 5 hingga 8 jam semasa anda tidur untuk membuang toksin dan hasilnya koyok tersebut akan menjadi hitam kesan daripada pengeluaran toksin daripada badan. Adalah disyorkan untuk digunakan setiap hari. Walau bagaimanapun anda juga boleh memakai detok foot patch ini selang sehari @ 2 hari setelah anda berjaya mendapatkan hasil yang memuaskan.

Contoh pemakaian Detox foot Patch:-

gambaran detok foot patch

1) Buka pelekat

2) Lekatkan bahagian yang bertulis di atas pelekat

3) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda

Setelah 5 hingga 8 jam memakai detox foot patch

kalau masih x faham lihat cara yang ini :)

Tidak sesuai Untuk :
  • Pengidap penyakit jantung
  • Pengidap kencing manis
  • Wanita mengandung
  • Ibu yang menyusukan bayi

Untuk kesan optimum :
Disarankan untuk memakai Foot Detox Patch selama sebulan atau sehingga warna hitam pada pelekat berkurangan.
Tampal setiap kaki dengan 1 pelekat selama 5 malam, rehat 2 hari dari memakainya (ini bertujuan untuk mengumpul toksin yang tersumbat dalam badan kita) kemudian pakai semula selama 5 malam, rehat 2 malam dan seterusnya.
Bagi yang ingin mengambil produk perlangsingan badan, anda disarankan untuk membuat detox (buang toksin) dulu sebelum mengambil produk tersebut. Jika toksin banyak dalam badan, proses penurunan berat badan akan jadi sangat perlahan.
Sebagai permulaan, dicadangkan agar menggunakan 7 hari (seminggu) berturut-turut untuk melihat kesannya. Walau bagaimanapun, kesan adalah bergantung kepada tindakbalas tubuh individu masing-masing.

HARGA :

1 keping = Rm 1.50
p/s: 1 keping untuk sebelah kaki, so sepasang = rm3

Harga barang tidak termasuk harga pos.

KALAU NAK BELI BOLEH LA

email: sue_capri81@yahoo.com
ym:rna_0718@yahoo.com


SELAMAT MENCUBA...PASTI TIDAK MENGECEWAKAN.