# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': February 2010
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 25, 2010

CUti hari keputeraan Nabi Muhammad

Meriah betul cuti untuk kalendar februari 2010 ni...sempena dengan Cuti Keputeraan Nabi muhammad esok yang jatuh pada hari jumaat jom la ramai2 kita banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad junjungan besar kita..

Kalau korang perasan ade 1 iklan kat tv3 tu..yang rozita che wan ngn azlee senario...iklan pasal sunnah rasullullah...'makan sebelum lapar n berhenti sebelum kenyang..suka pulak aku tgk iklan tuuuuuu.. :)

kalau x silap aku tema untuk hari keputeraan nabi tahun 1431 ni lebih kepada nak membudayakan sunnah rasullullah supaya jadi ikutan kita... Bagus la kan klu kita dapat ikut sunnah Nabi.. Sekurang2nya walaupun zaman dah semakin canggih kita still x lupa ngn sume tu :).

Okeh la..pe pun Selamat Menyambut Maulud Nabi untuk semua kengkawan..n selamat berarak juga.

p/s: Kat kg2 masa aku kecik2 dulu sambutan maulud nabi meriah :) heeeeeeeee

Saturday, February 20, 2010

xnak yang tu....yang ni la...

jom teman pgi beli hadiah tuk kawan aku kawin leh x???? huh...aku mmg paling x lulus nak memilih ni..memula aku yang diamanahkan tuk pgi beli hadiah kawin kawan lelaki kepada kawan aku ni..tapi memandangkan hadiah kawin ni untuk pasangan yang akan berkahwin so x la susah sgt macam nak bagi hadiah besday :) ni...tetiba aku tersebut lak pijama...hehehe ntah knp dari dulu aku mmg suka jer nak suggest benda ni tuk bagi kat pasangan pengantin..heeeeeeee (kang bila aku nak kawin korang dah de idea nak bagi aku hadiah apa) hahahhaha ferasan..

tapi kawan aku kata okeh jer pijama tuh...hohoho aku suka..tapi sebenarnya dalam hati kawan aku tu dia x berapa nak setuju...just nak jaga hati aku la tu :p.. beli hadiah di last2 minit ni mmg aku x berapa gemar..makanya kami hanya dapat cari di tempat yang tersangat kurang glamour namun tu sume x penting. kawan aku kata yang penting ingatan n keikhlasan nak bagi tu..okeh2...aku turut perintah..

antara present yang kami jumpa n cadang nak bagi...hehehe hadiah2 standart la..cehhhh kawan aku dah pesan awal2..no hadiah2 yang luar biasa (hihihi xde baget la tu :p) ampun....

ni hadiah bese jer...reject :(

ok gak kan...tapi kawan aku x minat..cehhh bukan nak bagi dia pun

yang comel ni pun dia geleng isk isk


hohoho lagi la kawan aku xnak bagi...dia kata kawan dia laki grrrrrrrr



ni mmg cantik...baget agak besar :)


cam x beshhhhhh jer..nmpak bese...hampeh tol



aku dah penat pusing....cadang tu x ok..ni x ok...tapi ade pulak kawan aku nak kasi towel...mmg aku yang bantah awal2...x syok la kasi towel..diorang tu kan pasangan pengantin..nnt hantaran mesti dah de towel...ok2...ikut cakap aku walaupun bukan kawan aku....hahahahha

aku pilih ni tuk wat hadiah...tara

--
--
-
-
-
-
-
-
-
-

lampu tido :)

bila dah siap pilih aku x nak bagi pilihan lain dah...pening gak pale bila byk sgt choice ni...hope kawan ko suka hadiah yang ko bagi...cakap ngn kawan ko tu aku yang pilih hahahahaha

pada aku x kisah pun nak bagi apa sebagai hadiah kawain...mmg la gempak bila bagi hadiah yang luar biasa, mahal2 n besau...tapi jgn sebb nak dapat nama korang punya baget lari hahhahah yang penting rasa ikhlas n ingatan tu :)

p/s:aku selalu share hadiah kawin ngn member2... ok jer kan??? jimat jelir

p/s: sume gambar ihsan dari pakcik gugel..

Thursday, February 18, 2010

Doa Buat Sahabat...كل عام و أنت بخير


doa buat sahabatku..
Bismillahirrahmanirrahim... .

Ya Allah..panjangkanlah umur sahabatku,Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman..


Ya Allah..tetapkanlah hatinya,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin..jika dia jatuh hati,izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana..jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu,rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.


Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..

Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,kebahagiaan
dan kecemerlangan hidupdi dunia dan akhirat kelak.

Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan hati-hati hambaMu yang lain.

p/s: untuk kawan aku
كل عام و أنت بخير......

Wednesday, February 17, 2010

alhamdulillah...

heeeeeeeee n3 kat bawah tu pasal panas...kejap jer tadi aku tgk kat luar bangunan opis ni dah hujan....syukur nikmat tuhan...alhamdulillah..hujan turun walaupun x lebat...cuaca ptg ni begitu romantik n ala2 syahdu shahdan gitu hahahaha

Dalam kepala aku dah set tido malam kang x la aku macam cacing kepanasan..harus aku tido lena la malam ni...baca kat suratkhabar katanya panas terik ni berpanjangan sampai mac...hoh...semoga x berlarutan..mudah2an ade la hujan turun sekali sekala..amin..

okeh..aku xde nak tulis pape..siap2 nak balik dari opis ni..nak pi main hujan jap..(jakun la bila hujan...dah 2 3 hari panas hahahah)

p/s: malam ni leh tido nyenyak...nyahkan sume gangguan2 di luar sana...heeeeeeeeeeeeeee

esok dah khamis...ingatkan selasa hahhahahah


musim panas...

owh malaysia ku terchinta....heeee rata2 sekarang kita mmg dah perasan kan cuaca kat malaysia yang indah ni sgt panas...yeahhhh mmg x dinafikan lagi...x kisah la pagi, ptg...siang malam..mmg panas..x panas??? owh kalau duk dalam bilik ber aircond tok sah la cakap...maksud aku cuaca kat luar nuuuuuuu..

bila dah cuaca terik macam ni...mmg sgt syok dapat pekena air sejuk2...tapi kna la beringat kan...asyik sgt korang balun air sejuk..x pasal2 sakit tekak, batuk n selsema datang..lagi haru. kadang tu terpikir gak bila time musim panas ni xde ker jual selipar yang ade air kat bahagian tapak kasut tu...hahahhaha kalau malam dapat tido kat atas tilam ade air syoknya...xde la sebelum tido jer kna mandi..(x elok untuk badan jika di amalkan)

okeh, musim2 panas terik ni cuba la elakkan segala aktiviti luaran..bukan apa, kang gelap pulak kulit kita..tapi jgn la pulak tu dijadikan alasan xnak pi keje..kah kah..lagi satu orang kata time musim panas ni jgn la marah2..tu lagi akan menaikkan suhu kepanasan ke tahap yang tinggi..so..hahaha nak marah pun kna tgk cuaca ker??? grrrrrrrrrrrrr

P/s: bila panas merungut...bila hujan pun merungut...manusia2.. sib malaysia xde salji.. :p

Friday, February 12, 2010

sudah xde hati di sini...

mood cuti...mood malas..mood rindu kat kg..macam2 lagi...aku xnak taip byk2 sebb hati aku mmg xde kat sini lagi..aku nak relekkan pale hotak aku ni kat kg..

mungkin ade sesuatu ( sebenarnya secara jujur byk sangat benda) yang buat aku x suka kat sini lagi..x nak lagi pura2..penat dah berlakon...dapat jadi pelakon best tapi buat2 jadi pelakon mmg hampeh...buat apa kalau tertekan..baik juga kalau di kelilingi dengan pohon2 nan hijau n bunyi binatang2 yang sangat riang menyanyi..

orang kata kalau tension2 nnt cepat tua..tol ker??? habis kalau dah tertekan nk ketawa terbahak2 n senyum simpul biar nmpak muda...aduhhhh come on la..sabar mmg aku kena letak yang 1st..kalau x, entah jadi apa. Bagi aku lebih baik simpan dalam hati tuk jaga hati sume orang tapi agk2 ade yang x setuju kot...(minta maaf) buat kengkawan, selamat bercuti, selamat makan limau banyak2 , selamat berehat n selamat untuk segalanya.



P/S: opppsss yeah..selamat tahun baru cina pada sesiapa yang sambut.. :) best kan tempias raya cina ni...cuti lame..dapat makan limau free n yang x best xdapat angpau..

P/s: auntie sharon ingat saya lagi x?? nak angpau heeeeeeeeeeeeeeeeeee

p/s lagi: esok tghari balik kg soeharto...lalalalallaal

Wednesday, February 10, 2010

kamu makan ini enggak???

knp aku nak tulis pasal ni...ikhlas aku jawab aku x tau...mungkin sebb aku suka makan... n juga sebb aku lapa n terbayang sume makanan tu...heeeeeeeee kamu makan tempoyak???? cencaluk???budu?? sambal belacan???uiiiiiiii sume ni akan buat aku kecur air liur..terus terang aku cakap dulu aku mmg x reti makan sumer ni...mungkin sebb aku penah dok hostel n campur2 ngn kawan dari macam2 negeri so dah terpandai la nak makan benda2 ni..kiranya aku ni xde r teruk sgt kan?????ade orang kata orang bandar x makan benda2 ni???serius aku cakap dah duk kl ni la kau belajar makan sume benda2 ni....lapar

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan di simpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum di makan sebagai tempoyak. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular dan mendapat sambutan dari dalam dan luar negeri.

Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.

Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.

Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.

Proses pembuatan cencaluk memerlukan beberapa kaedah untuk membuatnya dan ia perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan mutu serta kualiti cencaluk itu sedap dirasa apabila dimakan.

Udang geragau yang segar, iaitu tanpa direndam dengan air, akan dicampurkan dengan garam, dan sedikit nasi, iaitu sama seperti bahan- bahan untuk membuat belacan. Setelah ketiga-tiga bahan sudah menjadi sebati, ia seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas, iaitu pasu, guri atau tempayan kecil. Pasu dan tempayan kecil itu kemudiannya ditutup dengan kain bersih untuk diperam selama tiga hari. Ada juga pembuat cencaluk yang menambahkan sedikit air didih nasi bagi menambah kesedapan cencaluk.

Apabila cencaluk sudah diperam dan sesuai untuk dimakan, ia boleh disedapkan lagi sewaktu dimakan sebagai lauk dengan nasi melalui dua cara:

  • cencaluk dicampur dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris. Kemudian ia akan dicampur dengan perahan limau nipis atau limau kasturi; ataupun
  • cencaluk dicampurkan dengan sedikit lada basah dan sehiris dua halia, kemudian digoreng dengan telur.
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.

Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.

Sambal belacan merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan lada/cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula.

Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar.

selalu dengar orang kata kalau makan de sampingan2 tempoyak, budu, cencaluk @ sambal belacan selera mmg terangkat...heeeeeeeee nak tau sejauh mana kebenarannya kowang try la...mana2 pgi kedai makan mmg ade disediakan..tapi klu ikut kata aku mmg bertambahla nasi aku ambik..layan tau makan kalu salah satu tu..nyum nyum nyum hahahaha..

korang makan x??? mana belajar makan sumer2 ni???? x makan??? knp?? ssb mmg x makan la heeeeeeeeee okeh sekian dari dapur sue...jelir

P/s: sekarang aku mmg agak slow wat n3...kekurangan idea n mungkin x sempat... macam2 hal pulak minggu ni..kalah bos plak aku ni.

P/s: owh esok sudah jumaat???? cepatnya..



Tuesday, February 9, 2010

sume sorang2!!!

minta maaf pada siapa yang terasa....kuar makan sorang2..jgn tinggalkan opis kosong walaupun time rehat...terimalah..so xde r masa nak kuar time rehat di kawasan yang berdekatan bersama lagi..jika nak jugak buat ambik cuti!! demi sesuap nasi aku ikut okey...tapi minta maaf kalau dalam hati aku mmg terasa..minta maaf. nak buat macam mana, kami juga manusia yang sama2 bekerja.

pas ni aku akan terus bawa bekal...9pg-6ptg aku akan ade di opis..jgn risau..cuma kalau xde aku akan ke toilet n solat..tapi kalau itu pun disekat...kejam.

Doakan aku untuk tempat yang lebih baik...disini juga baik...cuma nak tempat yang lagi n lagi baik.aku mmg x dapat kawal lagi..patutla kamu pergi setelah 5 tahun kamu bertahan..

p/s: terima apa saja!

sekali lagi minta maaf.

1,2,3.....cheeeesssss

salam semua...alhamdulillah...rasa cam mau demam melanda hujung minggu lepas..rasa jer tapi aku kuatkan jugak badan ni..mungkin terlalu byk makan limau n cuaca yang amat2 terik...kejap2 hujan pas tu panas balik...kna ambil langkah2 supaya virus tu x berterusan...minum air suam byk2...elakkan minum ais...sudah2 la melantak limau tu..heeeeeeeeeeee


hari ahad lepas aktiviti cam bese sediakan sarapan tuk diri sendiri n kawan2....sediakan lunch pada waktunya n ptg tu kuar gi umah kawan kat cheras baru..okeh akhir2 ni x rasa cam x pandai lak nak bercerita...tgk la gambar ni okeh..hobi n kesukaan aku sekarang nih..

jom.......

lain mata, lain mulut n lain tangan hiiii

umah bujang :)

layan jer..

Nur lily rania Qalisyah binti nor rani...adeh2 panjangnya..

posing2...cheeeeesss

sama ngn warna tumbuh2han tu :p

hijau lagi...

xde kje dah la ni hiiiii

gomoknyer tangan nih???

p/s: time kat kolej dulu lecture selalu reject bila ambik gambar....x suka x suka x suka...

sampai sekarang ingat, ambik gambar kna kretip tau :)


Monday, February 8, 2010

hampeh punya mimpi !!!!

macam mana awal2 pagi tadi leh mimpi lambat gi kerja nih???? dengan make up comot...pakai tudung senget benget baju x iron terus pkai...grrrrrrrrrrrrrrr menakutkan jer..sedar2 dah 630... huh sib baik mimpi jerkk.. haru biru kalau betul camtu jadinya dah la isnin selalu di 'label' sebagai hari yang x syok tuk gi kjer...hahahahha lain kali ikhlaskan hati setiap kali mahu pergi kerja n sebelum tido tu setkan...yeyeyeye esok isnin kejer..seronoknya lalalalaaala

sampai opis pun kalut gak...nak makan sarapan omputih ni lagi.. (oat + susu low fatt + kismis) kna guna air panas..aku bawa bekal mee tapi makan untuk lunch...kang tghari beli ayam seketul pas tu makan la ngn mee..sempoi jer kan??? baru jer siap sarapan telefon bunyi....lepas satu, satu..lepas satu..satu...aku kesana kemari..kalut...knp pagi2 dah kelam kabut ni...huh..senaman kot ni? :p buta copy tuk ni..ya ya...sediakan tu... ni ..baik bos... mana orang lain??? xde??? aku berdua jerk pagi tadi..yang lain nak masuk tgahri??? ok2..tnie pas lunch kang kita balik...hahahahahahahha

tapi ade bagusnya gak situasi kat atas tu...kalu sunyi pasti rasa ngntuk akan menyelubungi...heeeeeeee okeh la lain kali aku tulis lagi...

P/s: tuk tinie...happy besday tau...(07/02/10) semoga segala impian ko tercapai.. :)

P/s: Untuk Usu (adik aku) gud luck tuk exam hari ni n sampai raya cina nnt.... ( UIA NILAI) jawab baik2...jgn la sedih...sumo orang akan doakan yang terbaik...jgn pk takut gagal..nnt dah lulus ude banjer erk..hihihi

Friday, February 5, 2010

jom tgk sapa yang kena :)

semalam aku ade tanyer kat kowang kan????sila tgk n3 kat bawah....so x mo la bagi kowang berteka teki kan...owh ade yang soal aku plak...jelir bukan ape saja suka2 jer...percaya n x nak percaya sume tu terpulang...sekadar untuk bergurau...okeh jer kan??? betul x betul sumber tu telah di research oleh dr.fadzilah kamsah aku pun x dapat nak pastikan..

aku pun senyum bila aku tgk result no2 tu hahahhahahahahh..xnak cakap byk lah...kowang tgk sendirikk..pasni sapa nak pilih dalam hati pun aku x tau...huhuhuhusengihnampakgigi

jom tgk sapa yang kena kih kih kih kih

7105- simpan perasaan pada seseorang

7800- berfoya2 x setia pada cinta

8561- mengharap untuk disayangi

7906- serik untuk bercinta

8683- sangat mengharap cinta

8005- sedang mempunyai perasaan nak kawin sengihnampakgigi

okeh yang mana satu kowang hahahahah xper2 jawab dalam hati jer erk hihihihi

P/s: salam hari jumaat..semoga sentiasa ceria n tabah meneruskan kehidupan yang sgt penuh dengan cabaran n dugaan.

Thursday, February 4, 2010

yang mana satu kamu suka????

CHOOSE 1 NUMBER DAT U LIKE : 7800 , 7105 , 8561 , 7906 , 8683 , 8005... I'LL TELL U AFTER U REPLY..

hahahahha mana satu korang suka.. msg dari sorang kawan aku ni...saja nak share..mungkin ramai dah tau heeeeeeeeeeeeee research by dr. fadzilah kamsah...

SILA LA PILIH NO KESUKAAN KOWANG jelir

P/s : aku suka no tuttttttttttttttt hihihihi malu nak gi tau..grrrrrrrrr

Tuesday, February 2, 2010

SAMBIL MENYELAM MINUM AIR :)

PERINGATAN...N3 ni panjang tau..aku malas nak sambung2 cite...sekali jalan jerkkkk hihihi

salammmmmmmmm semua...dah hari selasa...terasa la lain keje hari ni...aku ngantuk plus penat plus sakit kepala..okeh cuti baru ni aku gi muar...sebagai memenuhi undangan perkahwinan kawan sekolej masa aku kat kl dulu.."NADIA & KHAIRUL...so dah alang2 aku nak gi muar ni harus la kitorang gunakan cuti ni untuk berjalan2..

sabtu 30 januari 2010

kitorang gerak jam 830 pagi n perjalanan pagi tu mmg best la..x byk kete tapi cuaca fuyooooo panas beb...sib la nak gi muor ni x ikut jalan yang yang menghala ke batu caves sana...kalau x haru la..okeh..ngn gambar jer la korang tgk untuk detail...dalam kete tu aku, wati (drive) dayah n kiah. perjalanan ambik masa 2 jam setengah jer..

sume suka erk nak gi jenjalan????

okeh sampai kat BAKRI kitorang lepak umah dayah la..sebb kebetulan nak gi wedding nadia ni umah dayah la paling dekat..so kitorang dah de tempat tinggal... (tq kat mak n abah dayah sebb bagi kitorang bermalam :p) okeh siap2 n make up tukar baju n let's go gi umah pengantin..jenuh gak nak cari umah pengantin ni...byk gila masjid...dalam peta masjid seri menanti...akhirnya jumpa gak..umah nadia ni betul2 tepi jalan besar..so senangla.. nak tgk kat bawah ni.




pengantin dah cmfm2 cantik...bagi la kawan2 dia melaram lak....


pelamin yang cantik :)


kepala ko sakit ke nad???

mata ko pandang mana ni??

depan norha, dayah, wati, ratu jawa (pengantin la) ina kecik, kiah n aku

pengantin dari jawa..ahakkkkk

konsep tol-tol ni masih lagi digunakan...

hantaran dari pihak pompuan..

salah satu hantaran dari pihak lelaki...barang2 yang lain aku x nmpak...tapi yang ini...wawawawwawawa nak kete jugak... bertuah la ko nad :p

P/s untuk nadia... Selamat pengantin baru...semoga bahagia sampai hujung nyawa..kang kalau aku kawin datang plak umah aku..huhuhu

okeh dalam kul 3 kitorang balik la...sempat gak jumpa mak andam di nadia ni..pe lagi bagi kad la..senang kalau nak cari tukang make up kang..okeh jom kita gi perhentian bas kat muar...actually nak hantar si kiah ni balik kl...dia nak balik hari tu gak...so x leh nak halang..dah kitorang hasut2 dia tetap nak balik kl gak..ko jgn cemburu tau kiah sebb byk gi xtiviti kitorang pas ni...hahahhahahahaaahaha

okeh..malam tu kitorang kuar lagi...dah sampai muar mesti la gi tanjung emas...jom layan ni..

angin mmg best..tgk la tudung aku... hihihi

gambar ni je la yang ado...gelap

dalam kepala aku x sangka pun jeti tanjung emas ni macam mana...ingat kedai makan..konsep kat cni lepak2 sambil tgk sungai muar yang besar tu...angin mmg superbbbbbb..memula korang kna la beli makanan yang byk jual kat area situ..paling meletup ROJAK PETIS...huhuhu mmg sedap...dah beli2 makanan pe lagi jom lepak la sambil makan..bagi yang penakot macam aku jgn mimpi nak duduk ngadap sungai sambil goyang2 kaki..ade gak yang memancing..meriah la kat cni malam2..bagi couple2 mmg la best korang dating kat cni huhuhu

okeh kul 1130 malam gerak balik...penat dah wei...perut dah kenyang..jom la balik untuk tidoooooooooooo.

ahad 31 januari 2010

pas subuh harus aku tido lagi..hahaha xmo cite pnjang jo pi gunung ledang tuk mandi manda...yesssssssss..otw nak gi sana sarapan la dulu...sarapan paling glamour kat muar...mee bandung muar n satay...pelik kan..tapi dah duk muar buat la cara orang sana..layan jer....

sampai makan kat luar kedai...ramai tol orang pagi tu...

mmg tamak..nak rasa gak dua2 menu ni...

dah sarapan jom teruskan perjalanan ke ledang pulak..dekat sejam gak perjalanan...cuaca hari tu mmg panas..sampai ledang kul 12.00..x saba la nak mandi.

lain kali kalau jalan kna bawa cameraman la..susah camni hhahhhh


x larat nak nak panjat gunung ledang ni...tinggi benor..ni jer tempat yang aku mampu..kat bawah tu dah mmg ramai umat..

aku mmg juara bab2 berendam ni...memula jer sejuk...lama x la..dalam air pun nak posing2 maut huhuhu tgk gambar pun tau aku ni mmg malu nak bergambar bila depan orang..ambik ko..pg tempat yang jauh skit dari orang...macam2 posing aku wat..layan ni plak

ni mmg sakan begambar...ko artis erk jelir

baik tul ko bagi ikan tu makan wati....

paling aku x sangka..dalam air ni ade ikan..byk kali gak aku menjerit sebb ikan2 tu gigit kaki aku..geli seh..cuba tgk gambar bawah ni...apa aku buat...

tgk gambar belakang tu....aku tgh tgk ikan n jampi2 skit hahahahahah

dah penat mandi n dah kyg.. (makanan mak dayah bekalkan nasi lemak ayam...mmg sedap....) kitorang pun beransur la....hihihi ade lagi tempat nak pgi....sakan ko berjalan.. ke mana lagi kalau bukan TANGKAK...wah2 byknyer kain2 n langsir..cantik2..

bye ledang...ade umu sampai la lagi...hihihi

jom shopping baju barang selai dua helai....layan

baju n tudung....(untuk 3 orang ok....harga ok la..

hari ni mmg panas n pas dah beli2 tu tujuannya terusla balik....x larat dah...sampai umah lebih kurang kul 5 lbih kitorang rest la sampai malam...malam tu pun x kuar..duk umah jer..habis my star lg terus la aku tido sampai subuh..

isnin 1 februari 2010

pagi tu mmg sejuk..maklumla kg...pas sarapan lepak2 tgk tv..kemas2 baju apa yang patut....makan tghari n bersiap tuk balik kl...ala..dah nak balik kan...sedih pulak rasa..xkan nak duk umah orang lama2... kul 4 gerak otw balik tu singgah seremban umah makcik wati...lepak..makan2 kul 9.00 gerak balik kl...sampai kl kul 10 dengan perjalanan yang lancar...alhamdulillah... aku x terus tido ni..basuh baju mandi solat suma bagai kul 1 baru tido...penat wei..

sekian diari cuti aku..sonok n aku puas hati..ni pun dah byk aku edit..kalau nak tulis mahu 3 hari 3 malam x siap hahahahah..

P/s:cuti kat kg ni...x sempat aku nak lapa...meriah sgt ngn makanan...sampai x sempat nak ambik gambar bahan bukti.. hahhahaha

kalau de duit best gi jalan2 ni....bila lagi nak pi jalan2 ni???? next destinasi...x tau gi :p

ucapan terima kasih pada nadia yang jemput kitorang...pada dayah sefamily sebb sudi bagi kitorang bermalam...n tq pada mak dayah masak yang sedap tuk kami...x lupa jugak tuk makcik wati yang bagi kami makan sebelum balik kl...tq makcik...nnt kami datang lagi :p