# # 2 # 3 'sebuah persinggahan sementara': jumaat nan indah...
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 15, 2010

jumaat nan indah...

salam n selamat pagi semua..alhamdulillah kita sumer masih lagi diberi nikmat hidup di muka bumi ni...owh dah hari jumaat ngupenya..okeh rasa nak share sesuatu ngn korang...penah lalu depan orang yang sedang solat???? sengaja??? x sengaja @ x tau?????

walaupun ramai pada kita yang dah tau, apa salahnya kalau aku kongsikan ini bersama korang...baru2 ni aku de tengok rancangan al hidayah kat tv3 tu..tiba2 satu topik ni buat aku berfikir...ooooo baru tau.. sebb selama ni, kalau korang nmpak orang lain lalu depan orang tgh semayang pe korang rasa???? huh x beradap langsung orang tu????

okeh, apabila kita solat di kawasan yang ramai orang lalu lalang kita di sunatkan untuk meletakkan penghadang..penghadang ini dikenali sebagai sutrah..contoh, bila kita solat kita guna sejadah..so sebesar mana sejadah kita itula sebagai penghadangnya...jika ade sesiapa yang lalu di hadapan kita tetapi tidak sampai terpijak sejadah kita itu dikira boleh...sebb dia tidak memijak sejadah kita dan tidak mengganggu kawasan dia solat...lain la jika kita tidak menggunakan sejadah...contoh macam dalam masjid..ade carpet..carpet kan besar, so kita x boleh sewenangnya lalu depan orang yang sedang solat sebb tidak ade sutrah...kalau orang yang sedang solat tu meletakkan serban, tongkat @ sesuatu dihadapan mereka, maka kita bolehla lalu..kalau kita solat di atas tanah dan kita tidak mempunyai apa2 untuk dijadikan sutrah cukupla sekadar membuat garisan..okey kan??? x rugi n x menyusahkan :)

knp tetiba aku bercerita pasal ini??? sebb aku rasa ramai yang jarang ambik tahu hal2 macam ni...lagi pun sebagai ingatan untuk aku n kawan2 gak :) ianya dibolehkan sekiranya orang yang lalu di hadapan orang yang solat tadi tidak melepasi sutrah yang kita buat ketika solat..so cara yang lebih baik gunakan sejadah..

kesimpulannya:-

1. Dianjurkan meletakkan sesuatu sebagai penghadang apabila solat di ruang yang berhampiran dengan lintasan orang ramai.

2. Solat tanpa penghadang di khalayak ramai tidaklah membatalkan solat itu tetapi hanya mengurangkan pahala dan kesempurnaannya.

3. sengaja melintas di hadapan orang yang sedang solat di antara penghadangnya adalah berdosa hukumnya tetapi jika tiada penghalang disediakan maka orang yang bersolat itulah yang dipertanggungjawabkan.

okeh renung2kan selamat hari jumaat n selamat beramal.. mana yang baik datangnya dari Allah, segala kekurangan datang dari dalam diri aku..



gambar hiasan

P/s : zikir sunat pada hari jumaat..sebutla YA ALLAH sebanyak mana pun...nescaya Allah akan memberi ketenangan hati kepada sesiapa yang membacanya..amin.

12 dah tinggalkan jejak:

Sharinginfoz said...

memang betul nikmat yang tinggi....

Diet untuk 20-an

KWSP Online

Sharinginfoz said...
This comment has been removed by the author.
Sheila Shafeareen said...

salam yee betul panduan yg beguna mmg kekadang pada yg dewasa juga tidak megetahuinya dan Alhamdullilah ade panduan sebigini beguna utk kita dan ank2...

zella y said...

slm...

wah...panduan yg amat berguna...
n zikir yg harap dpt dibuat stiap ms... thanks!

Nadiene said...

tq kak! semoge semua org akn tahu!

[s][u][e][h][a][n][n] said...

sharinginfoz:yeahhhhhhhhhh betul tu

k.sheila:sedikit ilmu untuk dikongsi bersama

zella:mmg berguna.. harap zikir tu leh jadi amalan.. :)

fid: sama2 fid..kat sapa lagi kita nak share kalau bukan kawan2 :)

aku Zaty said...

huhu..
nasihat yg sngt2 berguna!=)

have a nice weekend yaw!
hee~

Solehah said...

ya ya..tq..insyaallah bermanfaat..

bnyk org bercerita pasal hr jumaat kan hrni..hehe

[z@ck] said...

dapat ilmu baru hari ini..
thanks..
=)

myQza said...

TQ tazkirah jumaat.

masa dok hostel dulu.. selalu lalu lalang depan org semayang.. selalunya letak hanger untuk lalu. he he he.

kdg2 x sempat nak g surau
sembahayang dalam bilik yg sempit!

[s][u][e][h][a][n][n] said...

zaty:yeahh...weekend ni ade perjumpaan budak2 kolej...huhuhuhu

solehah:sebb jumaat selalunya best..mungkin sebb ia penghulu hari :)

z@ck:sama2 la lalink..selagi kita hidup, carilah n lebih bagus jika kita kongsikan ilmu.

Tedi:yup...hahhaha xpe2 bilik sempit janji solat kan :P

Mrs Nurul said...

tanx for sharing this ;)